Wednesday, July 21, 2010

Amanah

Dalam entry kali ini, saya tergerak hati untuk menulis tentang amanah; Amanah yang diberikan oleh orang lain untuk dipegang oleh seseorang. Tujuan secara tersuratnya sungguh simple, kononnya nak jadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan sedar akan masa hadapannya perlu dibentuk. Bukan nak kata aku ni tak suka pegang amanah, tetapi amanah yang diberikan itu kadang-kadang tidak perlu diberi kepada orang lain, cukuplah sekadar mempercayai akan kebolehan amanah itu bergerak sendiri, kerana amanah juga ada usia, sudah dewasa, maka amanah itu tidak perlulah dipertanggungjawabkan kepada pemegang amanah yang lain.


Selalunya masyarakat memandang pemberian amanah itu hanyalah dari sudut si pemberi, kali ini, cuba pusingkan pandangan kepada penerima atau pemegang amanah. (saya sedang membicarakan tentang amanah yang belum perlu diberikan kepada orang lain untuk dipegang)




Karakter :
Pemegang amanah baru
Pemegang amanah lama
Amanah


Situasi :

Pemegang amanah baru masih lagi sedang dalam usaha mencapai cita-citanya sebagai seorang yang berkarier, cuba untuk mengubah status keluarga ke arah brighter side dengan mendapat satu anugerah Allah yang amat tinggi kurnianNya. Secara mengejut, amanah datang dalam hidup si pemegang amanah baru secara tidak sengaja, lalu , si pemegang amanah lama pun memberikan amanah tersebut kepada pemegang amanah yang baru. Cuba fikirkan apa kemungkinan yang berlaku  kepada si pemegang amanah yang baru tersebut, kemungkinan untuk menjadi stress dan tertekan amatlah tinggi kerana si pemegang amanah yang baru ini perlu memastikan academic performancenya pada tahap yang tinggi supaya pihak yang menanggung pembelajarannya percaya bahawasa pelaburan mereka tidak tersia. Belum lagi dimasukkan elemen-elemen peribadi seorang pemegang amanah yang sedang melalui usia remaja,mempunyai darah muda yang belum matang sepenuhnya. Amanah yang diberikan padanya amatlah besar, namun apabila si pemegang amanah baru yang sedang belajar itu terleka dan terlupa dengan amanah yang diberikan, si pemegang amanah bertindak memarahi si pemegang amanah baru tersebut. Perlukah si pemegang amanah baru itu dimarahi oleh pemegang amanah yang lama? sedangkan tidak perlu diberikan amanah itu lagi saya kira..




Secara jujurnya, saya tidaklah mahu menuding jari seratus peratus kepada si pemegang amanah yang lama, namun kita renungkanlah sebentar, kerana tidak tahukah kita bahawasanya ada juga peranan yang kita telah mainkan sehingga tindakan daripada pemegang amanah yang lama diambil.(Sekali lagi saya ingatkan bahawa saya memberi pendapat kepada amanah yang belum lagi perlu diberikan.)


Apa-apapun, saya tidaklah menafikan niat tulus si pemengang amanah lama, namun seperti yang saya tekankan dalam entry kali ini, amanah itu belum lagi perlu diberikan. Amanah-amanah yang bertindak membentuk peribadi seseorang (terutamanya remaja) amatlah digalakkan, sebagai satu latihan agar tidaklah kekok apabila berhadapan dunia luar.


P/S : Kepada pemegang2 amanah di luar sana, anda mempunyai hak untuk menolak amanah yang anda rasa tidak perlu ditanggung sekarang. Fikir-fikirlah sebelum anda bersetuju dengan amanah yang anda perlu pikul.


Berkata-kata ibarat menandatangani kontrak, sekali terlepas.. susah untuk ditarik kembali






Sekian