Persoalan timbul tatkala suatu perselisihan pendapat berlaku
Mengapa si "aku" tidak mahu berterus-terang?
Membiarkan si "engkau" terus lena dalam mimpi
Mimpi yang kini tiada harapan untuk menjadi realiti
Kalaulah si "aku" sedang kelemasan dalam kecelaruan
si "engkau" pula bagaimana??
Yang diminta hanyalah penjelasan
Bukannya kisah yang si "aku" cuba abstrakkan
BERTERUS-TERANGLAH...
si "engkau" mengerti akan apa yang si "aku" alami
kerana secara tidak disedari
si "engkau" pun begitu
si "aku" tidaklah kejam
si "engkau" amat mengerti
itu bukanlah perbuatan yang kejam, wahai si "aku"
itu mencari solusi namanya
Biarlah si "engkau" terbuai dalam mimpi
walaupun realitinya diketahui
usahlah runsing wahai si "aku"
si "engkau" bukanlah seperti yang si "aku" kenali dahulu
Si "engkau" merasakan
Usahlah si "aku" bimbang
hilanglah si "engkau" dalam si "aku"
bersama memori-memori lalu
mengenang kembali detik-detik si "engkau" berusaha
Terima kasih wahai si "aku"
kerana memberi peluang kepada si "aku"
Sudahlah...
Hentikanlah....