Kepada mereka yang pernah mengalami kehilangan sesuatu yang berharga.. tidak kira apa jua kondisi dan mediumnya.. Janganlah bersedih terlalu lama.. bohong kalau aku katakan kita tidak perlu bersedih.. kita manusia yang lemah.. perasaan akan menguasai kita apabila kita menjadi semakin lemah..
Kita semua harus ingat, Life must going on no matter what it takes.. Janganlah sentiasa memikirkan hal2 negatif yang mampu menggugat prestasi kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan juga sebagai hamba-Nya ... Jangan disebabkan oleh Ujian daripada-Nya, kita menjadi semakin lemah dan longlai.. lalu terlayu dan tersadai hanya kerana ujian yang secara realitinya kita mampu tempuhi.. Yang Maha Esa tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tangani.. Dan ingatlah, setitis derita melanda, segunung kurniaan-Nya.. Cuma tidak pula dinyatakan medium kurniaan yang akan diberi... Mungkin kita sendiri yang akan merasainya.. terpulanglah..
Khas kepada : Mereka yang kehilangan...
ahaa~
ReplyDeleteak tringat wak2 ko hilang tepon n dtg kat ak nangis2 n pnjam hset ak call mak ko.. tu pun satu kehilangan kan? =P