Apabila kita sedang termenung...
Kita akan memikirkan kembali apa yang telah kita lakukan
Apa kesalahan yang telah kita buat
Apa kontribusi kita terhadap masyarakat
Namun,
Jauh di sudut hati kita
Terkenang orang yang pernah kita merasakan
Diri mereka yang telah mengubah hidup kita
Cukuplah sekadar senyumannya sahaja
Cukuplah sekadar pertuturannya
Cukupah sekadar perlakuannya
Mampu menceriakan segenap hari
Namun,
Jikalau perasaan boleh digambarkan
Jikalau memori boleh divisualisasikan
Aku terfikir..
Adakah dia akan mengerti???
Sepertimana aku mengerti???
Atau mungkin intrepitasinya berbeza..
Walaupun sudah jelas dipamerkan maksudnya
Cukuplah diriku ini
Usahlah cuba menggapai impian
Impian yang pudar layu
Impian yang kemungkinannya adalah tipis
Dek kerana kesilapan masa lalu
Tidak langsung diberi peluang menebus kesalahan itu
No comments:
Post a Comment