Friday, April 23, 2010

Berterus-teranglah


Persoalan timbul tatkala suatu perselisihan pendapat berlaku
Mengapa si "aku" tidak mahu berterus-terang?
Membiarkan si "engkau" terus lena dalam mimpi
Mimpi yang kini tiada harapan untuk menjadi realiti

Kalaulah si "aku" sedang kelemasan dalam kecelaruan
si "engkau" pula bagaimana??
Yang diminta hanyalah penjelasan
Bukannya kisah yang si "aku" cuba abstrakkan
BERTERUS-TERANGLAH...

si "engkau" mengerti akan apa yang si "aku" alami
kerana secara tidak disedari
si "engkau" pun begitu

si "aku" tidaklah kejam
si "engkau" amat mengerti
itu bukanlah perbuatan yang kejam, wahai si "aku"
itu mencari solusi namanya

Biarlah si "engkau" terbuai dalam mimpi
walaupun realitinya diketahui
usahlah runsing wahai si "aku"
si "engkau" bukanlah seperti yang si "aku" kenali dahulu

Si "engkau" merasakan
Usahlah si "aku" bimbang
hilanglah si "engkau" dalam si "aku"
bersama memori-memori lalu
mengenang kembali detik-detik si "engkau" berusaha
Terima kasih wahai si "aku"
kerana memberi peluang kepada si "aku"




Sudahlah...
Hentikanlah....

Wednesday, April 21, 2010

PENIPU!!!

Kata-kata hanya palsu..


Andaikan dalam satu situasi, si A mengajak si B pergi keluar tengok wayang dengan si B melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)..
 A : Eiyh B, jom pi tengok wayang dengan aku...
 B : X nak la... aku tengah study nie... x bley kacau mase study.. nnt kang x leh capai impian aku nak jadi doktor...
 A : Ok2... x per la...

Keesokan paginya, si A membuka profile facebook si B, dan terlihat si C (yang merupakan kawan lama sekolah si B) menulis di dinding profile si B

C : Amacam?? best x tengok wayang dengan aku smalam??
B : Best... macam nak tengok lagi je ngan ko..

Apakah perasaan si A??? dah la ajak keluar bersama.. then si B kate nak belaja... walhal si B nak keluar tengok wayang ngan si C... x kan la x bley nak cakap secara terus terang??? Berdosa sangat ke????


Pura - Pura...

Dalam satu situasi lain.. 

A : Kiter kawan baik an...
B : Ye... jangan lost contact sudah la...
A : OK!!

Masa berlalu... segala tanya khabar oleh si A kepada si B agak sukar untuk dibalas oleh si B...Kater kawan baik.. x kan la 24 jam sibuk... nie kawan ke lawan???

Cukuplah!!

Dalam satu situasi lain, si A ader menulis blog tentang kebenaran, then status si B seolah2 menmberi jawapan kepada blog si A... Maka, si A pon menghantar mesej...

A : Aper maksud ko dengan status fb ko?? bleh berterus terang x????
B : Ok...... (Menjelaskan aper yang si B maksudkan dengan hal tersebut... yang sedang menyalahkan tindakan si A seolah2 memberi tekanan kepada dirinya.. dengan menggunakan alasan mahu selesai belajar dahulu)
A : Ok.. I get it... so, I will not burden you anymore...
B : (No reply...)

Masa berlalu lagi... Sedar x sedar, si B sudahpun mula bercerita dengan kwannya ttg seorang yang menarik hatinya.... kelihatan seperti obses... namun, mungkin hanyalah untuk bermain2 sahaja...

Manusia memang ada sesetengahnya begini.. teringat aku dengan kata2 guruku di KMKN... Tiada penjelasan saintifik untuk sifat2 dan tindakan manusia.. TERLALU BERPURA2!!!...Mungkin ader situasi yang boleh kiter menjadi pura2 (saya x pasti.. )... namun, kalau dah asyik nak berpura2 sepanjang masa.... ini dah lebih...

Memetik kata2 Rosyam Nor dalam filem "KL menjerit", "Manusia iniibarat bom, skali dah x tahan, biler2 mase je boleh MELETUP!!" Janganlah kita sering menguji tahap kesabaran orang lain.. kalau x, NAHAS!! 


Thursday, April 15, 2010

Keputusan kita..

Semasa kita membuat keputusan kita, pernahkah kita berfikir akan kesan terhadap orang lain? Tidakkah kita mengetahui bahawasanya keputusan kita kebanyakannya mempengaruhi orang di persekitaran kita?? Saya di sini bukanlah ingin mengatakan bahawasanya saya ini pandai dalam membuat keputusan, tetapi kita haruslah saling mengingati kerana MANUSIA ITU MUDAH LUPA.. satu kenyataan yang tidak dapat disangkal.

Hari ini, aku melihat bagaimana keputusan kita amat mempengaruhi orang lain, lebih2 lagi kalau keputusan itu lebih menjurus kepada kesan kepada orang lain. The word is bertimbang rasa.. toleransi.. takkanlah kita mahu melakukan keputusan terhadap seseorang itu tanpa mengetahui apa kehendak individu tersebut?? TAK MASUK AKAL!!.. Memanglah kita dibenarkan membuat keputusan untuk mereka disebabkan kuasa kita.. Namun, no one knows oneself better than themselves.. Fikir2kanlah dan renung2kanlah