Tuesday, May 11, 2010

Special Edition : Mother's day Edition

Sebenarnye aku dah lame berhajat nak tulis post nie... Tapi sebab ader exam an.. ok2.. let's check it out!

           Aku tertarik nak tulis post nie selepas satu insiden besar berlaku dalam diriku.. menyebabkan aku terasa nak berfikir sedalam-dalamnya tentang perkara ini. Subjeknya mudah; IBU@MAMA@MAK.. siapa sebenarnya ibu dalam diri kita?? mengapakah kita sering melaungkan perkataan, "I LUV U MAMA"?? kenapa hari ibu perlu disambut??

          Jangan salah sangka tentang semua persoalan yang aku timbulkan di atas ni.. tapi aku nak ajak korang supaya berfikir dengan sedalam-dalamnya tentnag perkara ini.. kalau kita lihat di kaca televisyen, pelbagai program atau drama acap kali mengisahkan tentang anak derhaka terhadap ibunya, tujuannya hanyalah satu, iaitu  ingin menyedarkan anak2 muda dan remaja supaya MENGENANG JASA IBU DAN AYAH MEREKA...

          Satu kisah yang menarik yang aku nak bawak dalam post kali ini ialah berkenaan seorang anak yang boleh aku katakan sebagai tidak tahu lagi apa itu erti ibu... secara ringkasnya, terdapat beberapa prinsip hidupnya terhadap ibunya :


  • Semasa dia belajar, dia mahukan ibu @ bapanya menyediakan SEGALA-GALANYA kepada dirinya itu... walhal dia mendapat bantuan pinjaman untuk pembelajarannya
  • Kalau ada yang tidak kena pada hatinya atas perlakuan atau arahan daripada ibu @ bapanya, dia lantas memberi respons yang buruk dan menyakitkan hati..
  • Dia sering beranggapan bahawa ibu bapanya sentiasa melebihkan ADIK-ADIKNYA, dan sering menyangka seolah-olah dia anak tiri
  • Melawan kata-kata ibu bapanya adalah sesuatu yang biasa.. bagi dirinya, pemikirannya amat tinggi kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi daripada ibu bapanya..
         Namun, ada lagi prinsip dalam hidupnya yang membuatkan saya keliru terhadap karakter sebenar beliau :
  • Dia terasa kalau sekiranya ibu bapanya memarahi dia
  • Dia sering mengucapkan I LUV U MAMA, walaupun sacara tidak langsung
  • Sukar untuk menerima pendapat orang lain, kerana dia menyangka bahawasanya dia lebih pandai daripada mereka
         Persoalan yang timbul pada pemikiran saya yang tidaklah begitu mendalam ini ialah, "bukankah ini boleh dikategorikan sebagai anak yang tak mengenang budi??".. 

         YA, kita sering mengaku bahawasanya kita sudah matang, namun, adakah kematangan kita diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita? ataupun kematangan hanyalah diperlukan dalam sesi akademik sahaja.. Fikir2kanlah wahai saudaraku sekelian, mungkin secara tak sedar, kita telah melakukan perkara2 yang menyakitkan hati ibu kita.. maka, minta maaflah.. kerana tiada siapa yang mampu berjanji bahawa dia akan hidup walau sesaat lagi..