Wednesday, July 21, 2010

Amanah

Dalam entry kali ini, saya tergerak hati untuk menulis tentang amanah; Amanah yang diberikan oleh orang lain untuk dipegang oleh seseorang. Tujuan secara tersuratnya sungguh simple, kononnya nak jadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan sedar akan masa hadapannya perlu dibentuk. Bukan nak kata aku ni tak suka pegang amanah, tetapi amanah yang diberikan itu kadang-kadang tidak perlu diberi kepada orang lain, cukuplah sekadar mempercayai akan kebolehan amanah itu bergerak sendiri, kerana amanah juga ada usia, sudah dewasa, maka amanah itu tidak perlulah dipertanggungjawabkan kepada pemegang amanah yang lain.


Selalunya masyarakat memandang pemberian amanah itu hanyalah dari sudut si pemberi, kali ini, cuba pusingkan pandangan kepada penerima atau pemegang amanah. (saya sedang membicarakan tentang amanah yang belum perlu diberikan kepada orang lain untuk dipegang)




Karakter :
Pemegang amanah baru
Pemegang amanah lama
Amanah


Situasi :

Pemegang amanah baru masih lagi sedang dalam usaha mencapai cita-citanya sebagai seorang yang berkarier, cuba untuk mengubah status keluarga ke arah brighter side dengan mendapat satu anugerah Allah yang amat tinggi kurnianNya. Secara mengejut, amanah datang dalam hidup si pemegang amanah baru secara tidak sengaja, lalu , si pemegang amanah lama pun memberikan amanah tersebut kepada pemegang amanah yang baru. Cuba fikirkan apa kemungkinan yang berlaku  kepada si pemegang amanah yang baru tersebut, kemungkinan untuk menjadi stress dan tertekan amatlah tinggi kerana si pemegang amanah yang baru ini perlu memastikan academic performancenya pada tahap yang tinggi supaya pihak yang menanggung pembelajarannya percaya bahawasa pelaburan mereka tidak tersia. Belum lagi dimasukkan elemen-elemen peribadi seorang pemegang amanah yang sedang melalui usia remaja,mempunyai darah muda yang belum matang sepenuhnya. Amanah yang diberikan padanya amatlah besar, namun apabila si pemegang amanah baru yang sedang belajar itu terleka dan terlupa dengan amanah yang diberikan, si pemegang amanah bertindak memarahi si pemegang amanah baru tersebut. Perlukah si pemegang amanah baru itu dimarahi oleh pemegang amanah yang lama? sedangkan tidak perlu diberikan amanah itu lagi saya kira..




Secara jujurnya, saya tidaklah mahu menuding jari seratus peratus kepada si pemegang amanah yang lama, namun kita renungkanlah sebentar, kerana tidak tahukah kita bahawasanya ada juga peranan yang kita telah mainkan sehingga tindakan daripada pemegang amanah yang lama diambil.(Sekali lagi saya ingatkan bahawa saya memberi pendapat kepada amanah yang belum lagi perlu diberikan.)


Apa-apapun, saya tidaklah menafikan niat tulus si pemengang amanah lama, namun seperti yang saya tekankan dalam entry kali ini, amanah itu belum lagi perlu diberikan. Amanah-amanah yang bertindak membentuk peribadi seseorang (terutamanya remaja) amatlah digalakkan, sebagai satu latihan agar tidaklah kekok apabila berhadapan dunia luar.


P/S : Kepada pemegang2 amanah di luar sana, anda mempunyai hak untuk menolak amanah yang anda rasa tidak perlu ditanggung sekarang. Fikir-fikirlah sebelum anda bersetuju dengan amanah yang anda perlu pikul.


Berkata-kata ibarat menandatangani kontrak, sekali terlepas.. susah untuk ditarik kembali






Sekian



Tuesday, June 15, 2010

Dua Jalan yang Besar...

Sekarang merupakan perkara yang paling susah untuk aku buat decision. Walaupun dah biasa dengan make decision dalam meeting, tapi kelainan aku rasakan.. memilah kehidupan aku untuk selama-lamanya.. kedua-duanya bagus, it just that I can't have both...

Ceritanya bermula apabila semalam, sedang aku study math sambil layan facebook. Kawan aku datang kat aku and suroh aku check status JPA aku, cauze dierr dapat something from JPA. Aku pon tanpa perasaan check la..
Satgi, dapat pulak offer untuk ICPU, nak pergi kanada..

So, dari semalam aku berfikir.. sama ada nak ambil Australia yang dah dikendong ataupun nak ambil peluang JPA kasi nie kat aku... Susah la nak pilih...

Ramai kawan2 aku cakap yang Canada nie bagus... tapi aku x nafikan yang Australia pun kurang hebatnya.. rase macam rugi je.. walaupun Kanada dikatakan sebagai World's most best to live and study, it's not that what I want...


susah2.... haha.. Dulu, pandai nasihat orang.. satgi kene plak kat diri sendiri.. terdiam 10000 bahasa..
haha..

Friday, June 11, 2010

Buku tentang Realiti Malaysians

Dalam nak hilangkan tensi2 dalam kepala otak aku nie.. aku bace satu buku.. tajuknyerr Honk! If you're Malaysian hasil nukilan seorang wanita berbangsa cina, Lydia Teh.. At first, aku x expect buku nie pasal ape an.. tetibe lepas aku bace, aku tertarik dengan satu qoute daripada kawan dierr..

Kalau tak malas, bukan melayu
Kalau tak tipu, bukan cina
Kalau tak minum (arak), bukan india

then, Lydia teh ni pon jawab:

Kawan saya melayu, tapi dia sangat rajin
Saya cina, tapi saya tak pernah menipu
Kawan saya india, tapi dia x minum arak

Persoalan timbul, adakah perangai juga dikawal oleh traids yang membawa genes parent kite??
namun, persoalan itu terjawab apabila saya bertanyakan pendapat kawan aku, dia x jawab secara direct.. tapi dia ader bagi aku satu cerita...

Ceritanya macam nie, ader sorang bapak. kerjenye mencuri hinggakan menjadi pencuri terhebat di dunia. then, pada suatu hari, si bapak meniggal dunia, dengan 2 orang anak lelaki sebagai tinggalannya. Setelah sekian lama, 2 orang anak itu menjadi bewasa dan mempunyai karier mereka sendiri.. yang sorang (anggap sebagai si A) menjadi seoang usahawan yang berjaya, dan seorang lagi (anggap sebagai si B) menjadi ahli kongsi gelap yang berjaya. Pada suatu hari, seorang watawan datang menemuramah mereka. Dengan satu soalan yang berbunyi, "apakah yang menyebabkan korang jadi macam nie?" mereka menjawab dengan serentak, "SEBAB AYAH SAYA LAH, SAYA JADI MACAM NIE..."

Daripada cerita ni la aku dapat inspirasi dan another fact about humans life, it's not what the situation that we encounter, but how we deal with it.. maknenye, cara kita memandang sesuatu perkara adalah amat penting, kerana x semestinya masalah datang dengan satu penyelesaian, mungkin ader 1000, mungkin 3, 4 atau 5 solutions, so.. marilah kita sama2 fikirkan.. mane yang baik n mane yang buruk utk kita..

Tuesday, May 11, 2010

Special Edition : Mother's day Edition

Sebenarnye aku dah lame berhajat nak tulis post nie... Tapi sebab ader exam an.. ok2.. let's check it out!

           Aku tertarik nak tulis post nie selepas satu insiden besar berlaku dalam diriku.. menyebabkan aku terasa nak berfikir sedalam-dalamnya tentang perkara ini. Subjeknya mudah; IBU@MAMA@MAK.. siapa sebenarnya ibu dalam diri kita?? mengapakah kita sering melaungkan perkataan, "I LUV U MAMA"?? kenapa hari ibu perlu disambut??

          Jangan salah sangka tentang semua persoalan yang aku timbulkan di atas ni.. tapi aku nak ajak korang supaya berfikir dengan sedalam-dalamnya tentnag perkara ini.. kalau kita lihat di kaca televisyen, pelbagai program atau drama acap kali mengisahkan tentang anak derhaka terhadap ibunya, tujuannya hanyalah satu, iaitu  ingin menyedarkan anak2 muda dan remaja supaya MENGENANG JASA IBU DAN AYAH MEREKA...

          Satu kisah yang menarik yang aku nak bawak dalam post kali ini ialah berkenaan seorang anak yang boleh aku katakan sebagai tidak tahu lagi apa itu erti ibu... secara ringkasnya, terdapat beberapa prinsip hidupnya terhadap ibunya :


  • Semasa dia belajar, dia mahukan ibu @ bapanya menyediakan SEGALA-GALANYA kepada dirinya itu... walhal dia mendapat bantuan pinjaman untuk pembelajarannya
  • Kalau ada yang tidak kena pada hatinya atas perlakuan atau arahan daripada ibu @ bapanya, dia lantas memberi respons yang buruk dan menyakitkan hati..
  • Dia sering beranggapan bahawa ibu bapanya sentiasa melebihkan ADIK-ADIKNYA, dan sering menyangka seolah-olah dia anak tiri
  • Melawan kata-kata ibu bapanya adalah sesuatu yang biasa.. bagi dirinya, pemikirannya amat tinggi kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi daripada ibu bapanya..
         Namun, ada lagi prinsip dalam hidupnya yang membuatkan saya keliru terhadap karakter sebenar beliau :
  • Dia terasa kalau sekiranya ibu bapanya memarahi dia
  • Dia sering mengucapkan I LUV U MAMA, walaupun sacara tidak langsung
  • Sukar untuk menerima pendapat orang lain, kerana dia menyangka bahawasanya dia lebih pandai daripada mereka
         Persoalan yang timbul pada pemikiran saya yang tidaklah begitu mendalam ini ialah, "bukankah ini boleh dikategorikan sebagai anak yang tak mengenang budi??".. 

         YA, kita sering mengaku bahawasanya kita sudah matang, namun, adakah kematangan kita diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita? ataupun kematangan hanyalah diperlukan dalam sesi akademik sahaja.. Fikir2kanlah wahai saudaraku sekelian, mungkin secara tak sedar, kita telah melakukan perkara2 yang menyakitkan hati ibu kita.. maka, minta maaflah.. kerana tiada siapa yang mampu berjanji bahawa dia akan hidup walau sesaat lagi..

Friday, April 23, 2010

Berterus-teranglah


Persoalan timbul tatkala suatu perselisihan pendapat berlaku
Mengapa si "aku" tidak mahu berterus-terang?
Membiarkan si "engkau" terus lena dalam mimpi
Mimpi yang kini tiada harapan untuk menjadi realiti

Kalaulah si "aku" sedang kelemasan dalam kecelaruan
si "engkau" pula bagaimana??
Yang diminta hanyalah penjelasan
Bukannya kisah yang si "aku" cuba abstrakkan
BERTERUS-TERANGLAH...

si "engkau" mengerti akan apa yang si "aku" alami
kerana secara tidak disedari
si "engkau" pun begitu

si "aku" tidaklah kejam
si "engkau" amat mengerti
itu bukanlah perbuatan yang kejam, wahai si "aku"
itu mencari solusi namanya

Biarlah si "engkau" terbuai dalam mimpi
walaupun realitinya diketahui
usahlah runsing wahai si "aku"
si "engkau" bukanlah seperti yang si "aku" kenali dahulu

Si "engkau" merasakan
Usahlah si "aku" bimbang
hilanglah si "engkau" dalam si "aku"
bersama memori-memori lalu
mengenang kembali detik-detik si "engkau" berusaha
Terima kasih wahai si "aku"
kerana memberi peluang kepada si "aku"




Sudahlah...
Hentikanlah....

Wednesday, April 21, 2010

PENIPU!!!

Kata-kata hanya palsu..


Andaikan dalam satu situasi, si A mengajak si B pergi keluar tengok wayang dengan si B melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)..
 A : Eiyh B, jom pi tengok wayang dengan aku...
 B : X nak la... aku tengah study nie... x bley kacau mase study.. nnt kang x leh capai impian aku nak jadi doktor...
 A : Ok2... x per la...

Keesokan paginya, si A membuka profile facebook si B, dan terlihat si C (yang merupakan kawan lama sekolah si B) menulis di dinding profile si B

C : Amacam?? best x tengok wayang dengan aku smalam??
B : Best... macam nak tengok lagi je ngan ko..

Apakah perasaan si A??? dah la ajak keluar bersama.. then si B kate nak belaja... walhal si B nak keluar tengok wayang ngan si C... x kan la x bley nak cakap secara terus terang??? Berdosa sangat ke????


Pura - Pura...

Dalam satu situasi lain.. 

A : Kiter kawan baik an...
B : Ye... jangan lost contact sudah la...
A : OK!!

Masa berlalu... segala tanya khabar oleh si A kepada si B agak sukar untuk dibalas oleh si B...Kater kawan baik.. x kan la 24 jam sibuk... nie kawan ke lawan???

Cukuplah!!

Dalam satu situasi lain, si A ader menulis blog tentang kebenaran, then status si B seolah2 menmberi jawapan kepada blog si A... Maka, si A pon menghantar mesej...

A : Aper maksud ko dengan status fb ko?? bleh berterus terang x????
B : Ok...... (Menjelaskan aper yang si B maksudkan dengan hal tersebut... yang sedang menyalahkan tindakan si A seolah2 memberi tekanan kepada dirinya.. dengan menggunakan alasan mahu selesai belajar dahulu)
A : Ok.. I get it... so, I will not burden you anymore...
B : (No reply...)

Masa berlalu lagi... Sedar x sedar, si B sudahpun mula bercerita dengan kwannya ttg seorang yang menarik hatinya.... kelihatan seperti obses... namun, mungkin hanyalah untuk bermain2 sahaja...

Manusia memang ada sesetengahnya begini.. teringat aku dengan kata2 guruku di KMKN... Tiada penjelasan saintifik untuk sifat2 dan tindakan manusia.. TERLALU BERPURA2!!!...Mungkin ader situasi yang boleh kiter menjadi pura2 (saya x pasti.. )... namun, kalau dah asyik nak berpura2 sepanjang masa.... ini dah lebih...

Memetik kata2 Rosyam Nor dalam filem "KL menjerit", "Manusia iniibarat bom, skali dah x tahan, biler2 mase je boleh MELETUP!!" Janganlah kita sering menguji tahap kesabaran orang lain.. kalau x, NAHAS!! 


Thursday, April 15, 2010

Keputusan kita..

Semasa kita membuat keputusan kita, pernahkah kita berfikir akan kesan terhadap orang lain? Tidakkah kita mengetahui bahawasanya keputusan kita kebanyakannya mempengaruhi orang di persekitaran kita?? Saya di sini bukanlah ingin mengatakan bahawasanya saya ini pandai dalam membuat keputusan, tetapi kita haruslah saling mengingati kerana MANUSIA ITU MUDAH LUPA.. satu kenyataan yang tidak dapat disangkal.

Hari ini, aku melihat bagaimana keputusan kita amat mempengaruhi orang lain, lebih2 lagi kalau keputusan itu lebih menjurus kepada kesan kepada orang lain. The word is bertimbang rasa.. toleransi.. takkanlah kita mahu melakukan keputusan terhadap seseorang itu tanpa mengetahui apa kehendak individu tersebut?? TAK MASUK AKAL!!.. Memanglah kita dibenarkan membuat keputusan untuk mereka disebabkan kuasa kita.. Namun, no one knows oneself better than themselves.. Fikir2kanlah dan renung2kanlah

Saturday, March 27, 2010

The Invention Of Lying - Filem yang unik

Kelmarin aku melihat satu filem yang agak membuka mata n mindaku.. pernah sekali aku berfikir macam mana kehiduoan seorang manusia @ masyarakat sekiranya mereka x langsung menipu.. dan jawapannya ada dalam filem ini.. The Invention Of Lying..

Cerita ini berlaku dalam zaman 1990 an... di mana berlaku di negara britain (kerana lenggok bahasanya eperti orang british.. assumption je..) dan apa yang menarik dalam cerita ini ialah satu dunia x tahu apa itu berbohong.. dan dalam kamus mereka x ader langsung perkataan 'bohong '.... sehinggalah watak utama dalam filem ini mula berbohong.. yang paling menarik hati saya apabila satu babak di mana watak utama mula berbohong.. situasinya begini..

Situasi 1
Watak utama tersebut ingin mengeluarkan wang di bank.. dan dia sememangnya tahu bahawasanya dalam banknya terdapat 300 pounds.. tetapi dierr cakap kat jurubank itu dierr mahu keluakan 800 pounds.. yang pelik dan hairannya ialah jurubank sanggup mengatakan bahawasanya mungkin sistem mereka telah silap dan sanggup memberi watak utama 800 pounds..  walaupun sudah je;as tertera di hadapan komputer bahawa akaun dalam bank simpanan watak utama hanyalah 300 pounds..

Situasi 2
Watak utama pergi ke casino.. dan bermain permainan roulette...dierr meletakkan wang pertaruhan di satu nombor.. dan permainan dimulakan.. namun, apabila permainan tamat, bola roulette berhenti di nombor 33 hitam (kalau x silap saya la..).. host (Pengendali game tersebut) sudah menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang menang.. namun, watak utama itu mengalih perhatian semua pemain dan mengalihkan taruhannya ke nombor 33 hitam.. apabila host iu memandang kembali tempat pertaruhan, dia terkejut dan mengumumkan kembali bahawasanya ada pemenang bagi pusingan itu..

Lihatlah, apabila manusia saling mempercayai antara satu sama lain.. maka tiada lain yang mampu menyalahkan perbuatan individu tersebut.. sedangkan komputer yang selalunya betul pun disalahkan... hebatnya kesan apabila kita terlalu mempercayai sesama kita..

Friday, March 19, 2010

Sedarlah

Kenapa
Tatkala kita dalam kesusahan
Kita mahukan pertolongan
Kita mahukan penyelesaian daripada orang lain
Tidak pernah kita mahu mencuba walau sekalipun

Kenapa
Tatkala kita dalam kesenangan
Susah untuk kita memberi pertolongan
Nisbahnya amat sedikit
Mungkin 1 dalam 100 orang??

Sedangkan
Semasa kita kesusahan dahulu
Kita selalu menanti pertolongan orang lain
Menyumpah apabila kita tidak ditolong
Kata-kata kesat kita lemparkan
Memaki hamun mereka yang tidak menolong

Sedarlah
Tiada gunanya kita hidup di dunia seorang diri
Dunia ini diciptakan bukan untuk kita seorang

Maka
Bekerjasamalah bersama-sama
Hilangkanlah persengketaan di hati
Dek kesilapan yang mungkin tidak disedari

Ingatlah
Bahawa tujuan kita adalah sama
Jadi, tak salah sekiranya kita saling membantu
Kerana manfaatnya akan kita peroleh
Suatu hari nanti

Thursday, March 11, 2010

Apabila kita Sedang Termenung

Apabila kita sedang termenung...
Kita akan memikirkan kembali apa yang telah kita lakukan
Apa kesalahan yang telah kita buat
Apa kontribusi kita terhadap masyarakat


Namun, 
Jauh di sudut hati kita 
Terkenang orang yang pernah kita merasakan
Diri mereka yang telah mengubah hidup kita
Cukuplah sekadar senyumannya sahaja
Cukuplah sekadar pertuturannya
Cukupah sekadar perlakuannya
Mampu menceriakan segenap hari


Namun,
Jikalau perasaan boleh digambarkan
Jikalau memori boleh divisualisasikan
Aku terfikir..
Adakah dia akan mengerti???
Sepertimana aku mengerti???
Atau mungkin intrepitasinya berbeza..
Walaupun sudah jelas dipamerkan maksudnya


Cukuplah diriku ini
Usahlah cuba menggapai impian
Impian yang pudar layu 
Impian yang kemungkinannya adalah tipis
Dek kerana kesilapan masa lalu
Tidak langsung diberi peluang menebus kesalahan itu



Suasana..

Dalam keriuhan mereka menjerit kegembiraan..
Daku melihat ada yang menangis...
Merah matanya seperti delima....

Dalam keesakan mereka menangis..
Sempat lagi mereka berpesan,
"Jangan jadi macam aku.. ko blaja leklok tau.."
Pilu aku rasai, sebagaimana pilunya hati mereka..
Perbezaannya tidaklah jauh ketara,
Namun.. apabila tidak mendapat apa yang dimahukan..
Air mata mula membasahi pipi..

Kegagalan bukanlah satu penutup bicara
Bukanlah pematah semangat punca kewujudannya
Tetapi pembakar semangat, peledak kejayaan
Dan pencetus kecemerlangan
Seringkali aku terdengar,
Mereka yang bangkit dari kegagalan itu adalah pemenang yang sejati
Namun, kebangkitan itu amatlah payah dan susah..
Hanya hati yang kental sahaja yang mampu mengatasinya..

Jadi rakanku..
berusahalah sedaya upaya,
bangkit dari kegagalan..
Usah leka dihanyut kemurungan..
Aku ingin melihat kalian di atas..

Keputusan SPM 2009

Bahasa Malaysia A+
Bahasa Inggeris A
Additional Mathematics A+
Mathematics A+
Physics A+
Sejarah A+
Pendidikan Agama Islam A+
Biology A
Chemistry A

Alhamdulillah... syukur atas kurniaan ilahi ini.. terima kasih aku ingin ucapkan kepada semua golongan2 yang telah memberi sokongan dalam hidupku.. menegur kesilapanku.. dan tidak aku lupa kepada GURU2 di TGB.. terima kasih atas komitmen anda.. tahniah daku ucapkan..

Kepada rakan2 seperjuangan.. ucapkanlah alhamdulillah.. atas kurniaan tuhan.. *I'm speechless

Tuesday, March 2, 2010

Persepsi..

Baru aku sedari.. bahawa x sumer yang kiter fikir samer ngan orang len.. walaupun kiter telah berjaya membuktikan, namun, x semestinyer orang lain akan menerima.. pelbagai pendapat dan persepsi yang akan muncul daripada orang lain.. teringat aku akan satu pesanan SENIORku..

"Kita hidup dengan orang ramai... Bukan hidup secara individu.."

Jadi, apa yang saya ingin tekankan kat sini ialah kita mestilah menjadi seorang yang mampu berfikir seperti orang lain berfikir.. tatkala kita mahu membuat sesuatu... Kadang2.. apabila kita melakukan sesuatu.. orang lain akan mentafsirkan perlakuan kita sehinggakan ianya mampu menjadi punca pergaduhan.. Aku kadang2 jadi x faham dengan situasi tersebu.. pelik bin ajaib.. tapi, apa yang perlu dititikberatkan dalam setiap perlakuan kita ialah perlakuan kita itu mestilah terang, jelas dan logik, agar orang lain x akan pandang serong atas perbuatan kita.. Betul persepsi Innama 'Amalu Bin Niat.. namun, x semestinya niat menghalalkan cara..

Friday, February 26, 2010

Teori Kehidupan Manusia

Semalam aku ader dengar ceramah... pasal maulud nabi.. then aku terdengar la satu konsep idup yang dikatakan oleh penceramah.. dier kate manusia yang tidak berakal akan mencari

  1. Makanan; kerana makananlah pemberi mereka hidup
  2. Kemudian, pasangan; kerana pasangan memberi mereka kebahgiaan
  3. Harta; Kerana dengan harta kita mampu membeli apa sahaja
  4. Pangkat; dengan pangkat, kita mampu mempengaruhi sesiapa sahaja
  5. Kekuasaan; Dengan kekuasaan.. kita akan merasakan diri kita seorang yang tiada tandingan
  6. Tuhan; Kerana kita mahu mengetahui siapa pencipta kita
Sebenarnya, kalau kita perhati betol2 susunan ini.. kita akan mendapati ader yang tak kene.. Andaikan anda baru sahaja mencipta sebuah robot.. anda pasti mahu robot tersebut mengenali anda.. itu secara simboliknya.. aku yakin anda mampu memikirkan apa yang saya mahu perkatakan di sini sebenarnya..

Thursday, February 25, 2010

Ilmu??

Hari nie aku belajar tentang satu perkara.. ilmu terbahagi kepada 2, iaitu ilmu DI DADA dan ilmu DI KERTAS!! Maksudnye.. ilmu yang hanya dipakai untuk menjawab tujahan soalan yang dibuat oleh manusia tatkala mahu menguji tahap pembelajaran kita.. Saya pernah terbaca mengenai kelemahan sistem pendidikan kita... Ada satu teori (yang masih belom dibuktikan lagi) berkata.. jika kita meletakkan seorang pelajar yang berumur 13 tahun untuk belajar sukatan pelajaran pelajar tingkatan 5... Nescaya pelajar tersebut mampu menyaingi pelajar2 tingkatan 5 yang lain... Sistem PTS yang daulu pernah dijalankan ibarat membuka pekung di dada konsep-konsep pelajaran.. Sebenarnya.. apa yang diuji dalam peperiksaan(mengikut pengalaman saya), banyak soalan memerlukan kita untuk mengingat.. bukan berfikir.. Setahu saya, otak orang dewasa dan kanak2 biasa hanya dibezakan oleh kemampuan berfikir secara matang dan mendalam.. bukan mengingat...

OK, berbalik kepada topik asal.. mengapa saya mengklasifikasikan ilmu kepada 2 bahagian yang boleh dikatakan agak pelik.. Apabila kita berkata mengenai ILMU DI DADA, bermaksud jika kita cuba memuntahkan ilmu tersebut.. nescaya kita mampu lakukan dengan sungguh mudah.. tetapi, sekiranya ILMU DI KERTAS.. kita perlu refresh dan refresh ilmu tersebut.. amat sukar bagi kita untuk mengeluarkan idea tersebut tanpa merujuk kembali nota2 yang berkenaan..

Dari sudut pandangan saya, tidak salah; bahkan saya sendiri melakukan perkara ini. Namun, apa yang penting ialah kita haruslah pandai mengklasifikasikan semua ilmu yang kita peroleh.. Persoalan yang timbul ialah adakah wajar kita meletakkan ilmu agama di dalam kelompok ILMU DI KERTAS?? Tidakkah kita mempraktik segala yang diajar oleh agama hampir setiap detik?? Jadi, nasihat saya kepada semua pembaca blog ini agar berfikirlah dahulu sebelum kita mengambil sebarang keputusan.. Ingat, There's no turning back in life..

Tuesday, February 23, 2010

Kadang-kadang...

Kadang2 dalam hidup kita, kita akan kehilangan sesuatu yang amat kita hargai... yang telah lama kita kongsi bersama.. yang telah bersama2 mengharungi suka dan duka dalam kehidupan yang ekstrem... Dan perasaan yang akan kita rasa amatlah pedih, perit dan mengguris hati.. berdarah, terseksa, sakit yang teramat sehingga kita tidak mampu berkata apa2.. Aku menulis post kali ini bukanlah untuk membuka luka yang lama... namun kadang2 kita mestilah berfikir tentang hikmah dan pengajaran yang hendak ditunjukkan dalam kehilangan kita itu...

Kepada mereka yang pernah mengalami kehilangan sesuatu yang berharga.. tidak kira apa jua kondisi dan mediumnya.. Janganlah bersedih terlalu lama.. bohong kalau aku katakan kita tidak perlu bersedih.. kita manusia yang lemah.. perasaan akan menguasai kita apabila kita menjadi semakin lemah..

Kita semua harus ingat, Life must going on no matter what it takes.. Janganlah sentiasa memikirkan hal2 negatif yang mampu menggugat prestasi kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan juga sebagai hamba-Nya ... Jangan disebabkan oleh Ujian daripada-Nya, kita menjadi semakin lemah dan longlai.. lalu terlayu dan tersadai hanya kerana ujian yang secara realitinya kita mampu tempuhi.. Yang Maha Esa tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tangani.. Dan ingatlah, setitis derita melanda, segunung kurniaan-Nya.. Cuma tidak pula dinyatakan medium kurniaan yang akan diberi... Mungkin kita sendiri yang akan merasainya.. terpulanglah..

Khas kepada : Mereka yang kehilangan...

Sunday, February 21, 2010

Nasihatku, kawanku..

Manusia; satu makhluk yang kompleks... dari segi binaannya, perlakuannya yang bervariasi, dan pergerakannya yang unik..

Hari ni aku telah melihat satu hati yang nurani dan suci telah diretakkan oleh seorang yang bagi diriku hanya pandai menilai luaran manusia sahaja.. tanpa meneliti hati budi dan periadi seseorang. Percakapannya hebat, tanpa salah dan silapnya dia berkata, lidahnya merupakan anugerah Ilahi yang amat tidak ternilai.. Sedarlah. wahai golongan yang tidak mengerti.. munculkanlah sifat peka dalam dirimu.. mungkin ada diantara rakan2mu yang cuba mendekati dirimu.. dan berikanlah peluang kepada mereka.. Sabarlah, wahai golongan yang mencuba.. allah pasti tidak akan mensuia2kan keberanianmu itu.. jangan putus asa.. cuma lebihkan sedikit tahap penilaian, sempitkan skop penilaian.. moga2 dirimu akan bertemu yang lebih baik satu hari nanti..

Ditujukan Khas Kepada : Mereka yang telah mencuba

Sunday, February 14, 2010

Keindahan Alam...

Tuhan turunkan hujan..
Tatkala kita sedang meraba2 memerlukan sang mentari...

Kemudian,
Guruh yang kuat dan Kilat tuhan jadikan..
Kita menjadi takut lalu bersembunyi..

Dari saat itu kita menanti dan merindui
Sang mentari penyinar pagi...
Penyeksaan yang tidak dapat kita ungkapkan..
Menunggu sesuatu yang tidak pasti bila akan terjadi..
Terlena kita bersama penantian..

Apabila kita sedar...
Mentari muncul kembali..
Kembali menceriakan diri..
Oh
Indahnya Alam ini..

Benar Itu..

Kebenaran itu kadang2 menyakitkan.. Ungkapan biasa yang acap kali kita dengar di corong2 radio dan media2 massa.. hasil penulisan sang manusia yang cuba mengekspressikan nilai positif dalam hidup mereka..

Kata2 itu memang tepat sekali.. mana ada manusia di dunia ini mampu menerima hakikat yang begitu menyeksakan hati mereka.. Lebih2 lagi kebenaran yang akan memberi impak kepada kehidupan mereka.. yang terhasil daripada kepura-puraan manusia.. bermain2 dengan perasaan orang lain... secara sengaja ataupun tidak..

Namun, solusi yang terbaik dalam masalah ini hanyalah menerima dan menelan sahaja kebenaran itu. Saya tidak menafikan bahawasanya amatlah perit, pedih, tercarikdan terobeknya hati.. tatkala kita mahu menelan kebenaran tersebut.. Namun, apa yang kita mampu lakukan hanyalah beristighfar dan berdoa agar Allah sentiasa menenangkan hati kita..

Haruslah kita ketahui bahawa semakin lama kita memendam kepahitan itu, semakin bergelora dan bergoyanglah keimanan kita.. Atas godaan syaitan, kita akan mula merasakan Allah yang salah.. menemukan kita dengan manusia yang hanya ditakdirkan untuk memainkan perasaan kita.. Kalau kita kaji2 semula.. Sudah pasti kita akan temui bahawasanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.. Ingat.. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua..


Saturday, February 13, 2010

Ingin Ku Melangkah Pergi...

Ingin ku melangkah pergi
Daripada kejahilan hidup ini

Ingin ku melangkah pergi
Daripada keperitan yang kualami

Ingin kumelangkah pergi
Dari sepi hati ini..

Ingin aku terokai
Dunia yang masih lagi misteri

Ingin aku terokai
Pelbagai ragam manusia di sini

Maka

Bantulah diriku wahai kawanku
Bawalah diriku terokai dunia ini
Ajarlah aku tentang dunia ini
Agar aku menjadi insan sejati

Satu Tekad

Berikanku sebaris kata,
Untuk kutempuh jalan gelita,
Mentera keramat kata pujangga,
Azimat yang bermakna..

Didepan simpang bercabang tiga,
Tak tahu mana satu arahnya,
Kanan kiri manusia berdusta,
Mungkir pada yang Esa

Mungkinku bukan watak utama dalam pentas lakonan dunia..
Mugkin juga ku turut sama
Pastinya aku.. kan binasa...

Berikan aku pedoman,
Arah mana jalan kehidupan,
Untuk teruskan pengembaraan,
Tak rebah dan tersalah langkah..
Tunjukkan aku kawan,
Simpang mana arah kejayaan,
Timur, utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam..

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju2 ke puncak, gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah

Mereka Berfikir...

Situasi 1:Sebagai seorang presiden sesebuah negara, anda mempunyai kekuatan dalam bidang teknologi... namun, masalah anda hanyalah tidak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi demi memastikan pembangunan ekonomi anda terjamin dalam jangkamasa yang panjang... Apakah yang akan anda lakukan demi memastikan ekonomi anda terus maju untuk masa yang akan datang??

Situasi 2: Anda sedang menghadapi satu situasi di mana anda mahu menyerang seseorang di hadapan anda, bertubuh sasa, dan kemungkinan untuk anda kalah adalah tinggi. Di pihak lelaki tersebut terdapat senjata tangan yang mampu menyebabkan anda cedera.. Anda pula mempunyai seekor anjing sebagai pembantu anda.. Apakah perancangan anda??

Mungkin dalam fikiran orang awam.. mereka akan terus menjawab:

Situasi 1:
Serang la kawasan2 yang lemah... tanah jajahan mereka akan kita buat pembangunan..

ATAU

Kita cari tempat2 yang berfaedah dan bermanfaat untuk kita laburkan.. kita laburkan share dan sudah pasti ekonomi kita akan selamat...

Situasi 2:
Kita serang bersama2 dengan anjing tersebut.. barulah kita boleh menang.. menggunakan konsep 2 vs 1.. konfem boleh menang..

Tetapi, mereka2 yang arif akan mula berfikir begini:

Situasi 1:
Kita cari negara yang paling kuat ekonominya.. takluk kelemahannya, dan gunakan kelemahan mereka yang kita pegang untuk memaksa mereka untuk memberi kita memegang sumber ekonomi mereka..

Situasi 2:
Kita arahkan anjing kita supaya menyerang lelaki tersebut, jika anjing kita gagal untuk menang, kita berpura2 menolong lelaki tersebut, membina persahabatan dan apabila mendapat peluang, kita musnahkan mereka dari dalam...

Kalau kita perhati secara terperinci dan mendalam, sebenarnya inilah yang dimaksudkan dengan pemikiran secara kritikal dan berprinsip.. cuma perlaksanaannya bukanlah sepraktikal mana, cuma apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel kali ini hanyalah menyedarkan kita semua tentang maksud pemikiran secara kritikal, dengan menetapkan matlamat kita, sudah pasti kita akan berjaya mencapai matlamat..

Sekian

Thursday, February 11, 2010

Culture Shock!!

Mungkin dalam hidup kita ini, kita telah terbiasa dalam keadaan yang amat selesa... tak kira dari segi apa pun, samada dari segi kehidupan, pembelajaran, dan pemakanan... semuanya selesa...

Namun, kita harus ingat bahawasanya hidup tidak akan kekal lama.. kesusahan mungkin kita hadapi... dan ketika kesusahan yang sekecil zarah itu melanda, ianya mampu membuatkan seorang yang kaya menjadi papa, seorang pemimpin hilang kuasa, seorang pemain kalah serta merta dan seorang peguam kalah dalam perbicaraannya.

Apa yang paling penting dalam menjalani hidup kita hari demi hari ialah kita haruslah pandai menyesuaikan diri, tidak kira apapun yang terjadi... Life must go on no matter what it takes.. itulah ungkapan yang acap kali menjadi titipan di mulut masyarakat.. yang pada hakikatnya amatlah memberi makna yang mendalam SEKIRANYA kita menghayatinya... Memegang pada prinsip hidup kita juga adalah salah satu langkah yang terbaik dalam proses menyesuaikan diri kita dengan keadaan setempat

Ingat, make ourself flexible to the condition,and do not ever make the condition flexible to us... don't be too demanding..

Ditujukan khas kepada : Mereka yang sering mengatakan "Alamak, aku culture shock!!"

Sunday, February 7, 2010

Hidup ini bukan semudah yang disangka..

Kita sering mendengar pelbagai kata2 yang positif tentang hidup ini, namun, pernahkah kita sedari secara realitinya hidup ini bukanlah seperti yang kita sangkakan.. memanglah setiap daripada kita mampu terus mengekalkan kehidupan yang baik demi masa akan datang.. tetapi haruslah kita ingat bahawa tiap2 perancangan kita itu tidak semestinya akan terus terlaksana..
kerana kita harus ingat bahawa Allah itu bersama kita.. "kita merancang, Allah merancang.. namun perancangan Allah adalah yang terbaik.." tidak semestinyerr setiap kejayaan itu membawa kebaikan kepada kita.. dan harus kita sedar bahawasanya setiap kegagalan itu tidaklah selalu membawa kemaslahatan dalam hidup kita

Di sini terdapat contoh yang paling baik bagi menunjukkan bahawa setiap perancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita:

Pada suatu ketika dahulu, hidup seorang budak lelaki n adiknya.. mereka merupakan golongan manusia yang miskin.. satu hari, si abang telah menghilangkan kasut adiknya.. kerana takut dimarahi, si abang meminta jasa baik adiknya untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu bapa mereka.. dan si abang telah berjanji untuk menggantikannya sambil meng'adjust' ayahnya untuk membelikan kasut bkaru untuk adiknya itu..

Dengan izin Allah, si abang telah terliaht satu artikel di mana sebuah pertandingan lumba lari akan dijalankan.. di mana pemenang ke 3 akan mendapat sepasang kasut..

Maka, si abang terus memasuki pertandingan tersebut, dengan keyakinan bahawa tempat ke-3 adalah miliknya.. setibanya hari pertandingan, si abang telah mendapat tempat pertama pertandingan tersebut.. di hainya, dia menangis atas kegagalan mendapatkan tempat ke-3... sebaik sahaja pulang ke rumah.. Dia terkejut melihat adiknya memegang sepasang kasut yang baru, yang merupakanhadiah daripada ayahnya...

Jika kita menganalisa cerita ini.. dapatlah kita melihat bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.. memudahkan urusan si abang dan menjadikan usaha si abang dalam pertandingan tersebut tidaklah tersia.. mungkin justifikasi saya tidaklah sebaik anda.. namun saya harap contoh kisah telah menjelaskan tentang hidup ini tidaklah semudah yang kita rancang.. Allah yang Maha mengetahui setiap apa yang kita rancang..

Salam

Saturday, January 30, 2010

Minggu YanG DuLL

HOLA!!

Hari nie merupakan hari terakhir aku kat umah (kot)... setelah kemalangan yang berlaku tempoh hari menyebabkan aku n familyku menyedari sesuatu yang dah lame kitorang sumer x amik kesah.. kewujudan makhluk lain... n kejadian tersebut juge mengajar kitorang ... JANGAN DOK KAT UMAH YANG SEBELAHNYER TENGAH RENOVATE... hehe...

Esok.. bermulalah pengembaraanku ke Kuala Nerang.. setelah sumernyerr dah ready... (Borang ader yang x isi lagi.. x paham kot..) aku dah lamer x contact kawan2 aku.. sebab aku sebok tahap dewa... asyik pergi putrajaya je.. medical checkup.. 3 hari kot... hmm... ulang tahun ke 18 aku memberikan pengalaman yang aku sendiri x sangke... betollah kate orang.. kiter kene r berfikiran positif.. tapi x boleh selalu... negatif itu penting agar kite sentiasa berwaspada... sebab itulah wujudnyerr kuasa baik n jahat...

Tapi bagi aku.. mende yang dah lepas 2.. lepas r... bak kate kawan aku.. even though our life is short, make sure it is precious n meaningfull… x de maknenye nak ungkit kisah2 lame… yang penting kite menggunakan masa dengan betol dan cekap…

2 jer wat kali nie.. len kali kalo aku tambah… bace2 r.. hehe.. biar x ramai follower.. janji hidop bahagia… jangan kite nak susahkan orang len…

SEKIAN

Sunday, January 24, 2010

AgaK Mengecewakan

sebenarnyerr... hari nie aku nak kluar... sajer2.. tapi apekan daye.. orang yang aku nak kluar 2 x nak plak.. nak blaja kete dulu.. x pe2... no halla... hmm... no comment

Punyer r beria2 aku mintak kat mak aku perlepasan nak kluar.. demi member an.. tapi.. eish.. x maw nak citer banyak2.. menyesal je...

selain daripade x kluar... aku dok umah.. mengisi borang tawaran yang aku dapat... tebal seinci kot borang.. dok mntak name n alamat je.. dahla panjang nak kene tulis... sabo je r.. hmmm... demi kebaikan aku jgak...

x der paper pon blaku hari nie.. dek kerana plan x jadik kot.. penat eden rancang kul 2.30 pagi smalam.. x dopek pulek den no poie.. ape la naseb badan.. mungkin aku sorang je kot buleh berkorban.. hehe.. The Sacrifier.. lagipon dah ad admiring somenoe an.. nothing to touch more.. hehe.. life is excruciating.... maybe with the women that doesn't understand us well.. no more promise will be made regarding to go out with her ANYMORE!!! Mood : Depressed

Hari yang PEnUh UjIaN...

Hari nie aku telahpon meninggalkan Kem Teluk Rubiah... agak sedih, kesian, serba salah, menyesal, x der mood, penat, gelisah.. sumer ader.. cukup untuk wat aku rase agak kecewa dengan pilihan sendiri... tapi pengorbanan tetap dijalankan.. aku meniggalkan rakan2 ku.. nabil, tirana.. n ramai agy.. rase macam dah kwan dengan diorang selama 3 tahun.. kitorang memang rapat.. espacially ngan nabil... kawan dari bangku skul agy.. rase nak nagis je tinggalkan diorang... sedey 2 tuhan je tahu.. lepas nie kalau ader rezki.. aku pergi meninggalkan MALAYSIA!! Lagi meleleh kot... kalau buleh, aku nak kawan sejati aku ader kat c2 skali.. aku nak tengok muke dierr wat kali terakhir dalam tempoh 3 tahun...

Perjalananku menaiki bas ke Kuala Lumpur dari Lumut telah mengajar aku banyak nilai2 manusia yang tahu mengenang jasa negara.. hari nie.. aku telah berjumpe ngan mamat dari luar negara.. asal Malaysia... tapi dierr dok kat Canada.. teros hilang respect aku pabila dierr membangga2kan negara orang lain.. kerek tol.. Raymond name diberi.. chinese guy.. aged 35-40 years.. dier ader kawan melayu.. tapi kawan dier nie buang dalam longkang pon bagus gak.. minum arak.. zina.. menikmati fatamorgana dunia.. astaghfirullah.. mungkin bukan silap mak bapak dierr yang mleahirkan dierr... tapi salah dierr gak coz x kuat iman dan kurang ibadat kepada tuhan yang Esa... perempuan pulak 2... na’uzubillahi min zalik... dah la x mau masuk Malaysia dah.. dengan alasan gaji ciput... memang la... matawang negara kite kicik... kalo besar cam pound sterling 2 len citer lerr... sengal itik betol.. katenyer (nie yang Raymond katerr kat aku la, minah melayu nie kate) “hidop nie hanya sekali.. so kiter enjoy bebetol.. jangan kacau orang len sudeh...” biler jerr aku dengar ayat dierr... aku mmbantah dengan konsep afterlife.. atau bahasa melayunyerr ialah akhirat... hidop kat sunia nie sementara je.. x payah la nak berlagak pandai kalo setakat dapat jd kaye sebab kat tempat orang... warganegara x gune
rr... penat je dierr dilahirkn kat Malaysia nie...

Hari nie gak aku telah belajar erti kesabaran dalam LONGEST dinstance travelling nie.. elok2 perancangan aku nak g tengok Haizum keje... tapi x sempat bilerr pak cik drebar wat sengal... terpakse aku menempuh kesukaran... kul 6.30 petang smpi kat umah.. ponek deh.. sori kawan sejatiku.. x sempat daku nak order.. aku baru nak cakap


KAK, NAK SET NASI AYAM.. MAKAN KAT
SINI.. N KAK,
NAK
NOMBOR... WAKAKA.. LAWA BAJU AKAK... DOK MANERR???


wakakaka... keje leklok wahai kawanku...

Menghitung hari...

Hehe.. hari nie merupakan hari2 terakhir aku kat umahku.. yela an..... nak pi PLKN.... hmm.. ntahlah.. nak packing?? Cam maleh je... tengah malam sok buleh diselesaikan...
Haha.. hari nie aku wat rekod gempak sepanjang aku dok kat umah nie... aku bangun kul 4.30 pagi bhai.. wakaka.. tapi wa cakap lu.. ponat bhai nak jage smpi ke petang.. ader la gak gua tertidorr... beso lah 2.. dracula malam x beso ngan bangun pepagi nie..

Hmm... hari nie aku baru jer bace kawan ak punyer blog.. kawan baik.. ade satu post dierr yang agak memberi response kepade post ak yang lepas.. well.. lets clear it up.. walaupon aku x paham la sangt aperr yang dierr tulis.. tapi maknenyerr ak dapat la kot.. hehe...
X per la.. bagi aku.. kebahagiaan orang lain 2 lagi penting dari kebahagiaan sendiri.. ape gunenyerr kite dok heboh kite nie kwan baik orang 2 sedangkan kite nak asyik menaniayai dierr an?? Bukan kawan baik namenyerr 2.. 2 kawan yang jahat.. x buleh pakai punyerr.. masok tong sampah je lagi bagos.. so, sebab 2 la wujudnyerr 2 frasa yang lebey kurang maksudnyerr tapi jauh perbezaannyerr.. iaitu “toleransi” ngan “pengorbanan”... so macam yang dierr katerr.. masing2 dah berfikiran matang.. (wah.. aku dah matang..) n buleh pikir sendiri... LU PIKIR LA SENDIRI.. it’s not about feeling guilty or not.. but dierr dah bagi chance kat orang len.. tapi bukan aku.. mungkin aderr hikmahnyerr.. bak kate orang putih.. if you don’t buy a ticket, you will not be able to win the prize.. tapi macam yang aku kater tadi.. nie sesi clarification.. nak clarify sumerr.. x de pendm2.. kalo ad.. len citerr... biar orang selesa ngan kiter naturally... jangan biar orang terpakse selesa ngan kiterrr.........

Ok.. done.. sekarang nie.. time untuk bercerite plak.. adush.. makin nak bukak skul.. makin tension plak aku.. bukan nak masuk skul.. tapi nak settlekan adik2 aku yang dok main je 24/7... susah betol.. yang sorang dah nak amek PMR dah tahun nie.. aku x nak la adik2 aku gagal atau kecundang... tapi.. tulah.. x der gunernyerr kalo kite nak tolak dinding.. seinci pon x kan gerak dhey..

Hah.. cerite pasal kegagalan nie.. aku teringat la kisah kawan aku kat skul rendah.. setat citerr nieh waktu amik result UPSR... aku?? Alhamdulillah.. 5 A.. n aku nakla pi jumpe kawan aku nieh.. dok kelas no 3@4.. Skali aku baru je nak pi... aku nampak dierr.. matenyerr merah menyala campor air2 mate sket.. aku pon jadi heran la an pasal la dierr nie nak nangis.. kang aku tanyerr kang.. kate busybody.. hmm.. spy punyerr spy.. upernyerr dierr dapat result yang still OK tapi not as her expectation kot.. so.. dari situ la aku tanam kat diri aku... supaye jangan la gagal... tapi kalu nak gagal gak.. nak wat cmnerr.. aku ader gak mengalami kegagalan.. tapi bukan dalam pelajaran r.. dalam kepimpinan... soal peribadi.. n sosialiti aku ngan kwan2 aku.. tapi betolla kate Logan (penyanyi Alleycats) hidup nie ibarat roda.. kadang2 kiterr kat atas.. kadang2 kiterr kat bawah.. so pandai2 la kite adaptkan diri kiterr ngan situasi yang dialami.. hehe.. motivator plak ari nie.. jadi.. begitulah akhirnyerr entry aku pada kali ini..


Salam