Saturday, March 27, 2010

The Invention Of Lying - Filem yang unik

Kelmarin aku melihat satu filem yang agak membuka mata n mindaku.. pernah sekali aku berfikir macam mana kehiduoan seorang manusia @ masyarakat sekiranya mereka x langsung menipu.. dan jawapannya ada dalam filem ini.. The Invention Of Lying..

Cerita ini berlaku dalam zaman 1990 an... di mana berlaku di negara britain (kerana lenggok bahasanya eperti orang british.. assumption je..) dan apa yang menarik dalam cerita ini ialah satu dunia x tahu apa itu berbohong.. dan dalam kamus mereka x ader langsung perkataan 'bohong '.... sehinggalah watak utama dalam filem ini mula berbohong.. yang paling menarik hati saya apabila satu babak di mana watak utama mula berbohong.. situasinya begini..

Situasi 1
Watak utama tersebut ingin mengeluarkan wang di bank.. dan dia sememangnya tahu bahawasanya dalam banknya terdapat 300 pounds.. tetapi dierr cakap kat jurubank itu dierr mahu keluakan 800 pounds.. yang pelik dan hairannya ialah jurubank sanggup mengatakan bahawasanya mungkin sistem mereka telah silap dan sanggup memberi watak utama 800 pounds..  walaupun sudah je;as tertera di hadapan komputer bahawa akaun dalam bank simpanan watak utama hanyalah 300 pounds..

Situasi 2
Watak utama pergi ke casino.. dan bermain permainan roulette...dierr meletakkan wang pertaruhan di satu nombor.. dan permainan dimulakan.. namun, apabila permainan tamat, bola roulette berhenti di nombor 33 hitam (kalau x silap saya la..).. host (Pengendali game tersebut) sudah menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang menang.. namun, watak utama itu mengalih perhatian semua pemain dan mengalihkan taruhannya ke nombor 33 hitam.. apabila host iu memandang kembali tempat pertaruhan, dia terkejut dan mengumumkan kembali bahawasanya ada pemenang bagi pusingan itu..

Lihatlah, apabila manusia saling mempercayai antara satu sama lain.. maka tiada lain yang mampu menyalahkan perbuatan individu tersebut.. sedangkan komputer yang selalunya betul pun disalahkan... hebatnya kesan apabila kita terlalu mempercayai sesama kita..

Friday, March 19, 2010

Sedarlah

Kenapa
Tatkala kita dalam kesusahan
Kita mahukan pertolongan
Kita mahukan penyelesaian daripada orang lain
Tidak pernah kita mahu mencuba walau sekalipun

Kenapa
Tatkala kita dalam kesenangan
Susah untuk kita memberi pertolongan
Nisbahnya amat sedikit
Mungkin 1 dalam 100 orang??

Sedangkan
Semasa kita kesusahan dahulu
Kita selalu menanti pertolongan orang lain
Menyumpah apabila kita tidak ditolong
Kata-kata kesat kita lemparkan
Memaki hamun mereka yang tidak menolong

Sedarlah
Tiada gunanya kita hidup di dunia seorang diri
Dunia ini diciptakan bukan untuk kita seorang

Maka
Bekerjasamalah bersama-sama
Hilangkanlah persengketaan di hati
Dek kesilapan yang mungkin tidak disedari

Ingatlah
Bahawa tujuan kita adalah sama
Jadi, tak salah sekiranya kita saling membantu
Kerana manfaatnya akan kita peroleh
Suatu hari nanti

Thursday, March 11, 2010

Apabila kita Sedang Termenung

Apabila kita sedang termenung...
Kita akan memikirkan kembali apa yang telah kita lakukan
Apa kesalahan yang telah kita buat
Apa kontribusi kita terhadap masyarakat


Namun, 
Jauh di sudut hati kita 
Terkenang orang yang pernah kita merasakan
Diri mereka yang telah mengubah hidup kita
Cukuplah sekadar senyumannya sahaja
Cukuplah sekadar pertuturannya
Cukupah sekadar perlakuannya
Mampu menceriakan segenap hari


Namun,
Jikalau perasaan boleh digambarkan
Jikalau memori boleh divisualisasikan
Aku terfikir..
Adakah dia akan mengerti???
Sepertimana aku mengerti???
Atau mungkin intrepitasinya berbeza..
Walaupun sudah jelas dipamerkan maksudnya


Cukuplah diriku ini
Usahlah cuba menggapai impian
Impian yang pudar layu 
Impian yang kemungkinannya adalah tipis
Dek kerana kesilapan masa lalu
Tidak langsung diberi peluang menebus kesalahan itu



Suasana..

Dalam keriuhan mereka menjerit kegembiraan..
Daku melihat ada yang menangis...
Merah matanya seperti delima....

Dalam keesakan mereka menangis..
Sempat lagi mereka berpesan,
"Jangan jadi macam aku.. ko blaja leklok tau.."
Pilu aku rasai, sebagaimana pilunya hati mereka..
Perbezaannya tidaklah jauh ketara,
Namun.. apabila tidak mendapat apa yang dimahukan..
Air mata mula membasahi pipi..

Kegagalan bukanlah satu penutup bicara
Bukanlah pematah semangat punca kewujudannya
Tetapi pembakar semangat, peledak kejayaan
Dan pencetus kecemerlangan
Seringkali aku terdengar,
Mereka yang bangkit dari kegagalan itu adalah pemenang yang sejati
Namun, kebangkitan itu amatlah payah dan susah..
Hanya hati yang kental sahaja yang mampu mengatasinya..

Jadi rakanku..
berusahalah sedaya upaya,
bangkit dari kegagalan..
Usah leka dihanyut kemurungan..
Aku ingin melihat kalian di atas..

Keputusan SPM 2009

Bahasa Malaysia A+
Bahasa Inggeris A
Additional Mathematics A+
Mathematics A+
Physics A+
Sejarah A+
Pendidikan Agama Islam A+
Biology A
Chemistry A

Alhamdulillah... syukur atas kurniaan ilahi ini.. terima kasih aku ingin ucapkan kepada semua golongan2 yang telah memberi sokongan dalam hidupku.. menegur kesilapanku.. dan tidak aku lupa kepada GURU2 di TGB.. terima kasih atas komitmen anda.. tahniah daku ucapkan..

Kepada rakan2 seperjuangan.. ucapkanlah alhamdulillah.. atas kurniaan tuhan.. *I'm speechless

Tuesday, March 2, 2010

Persepsi..

Baru aku sedari.. bahawa x sumer yang kiter fikir samer ngan orang len.. walaupun kiter telah berjaya membuktikan, namun, x semestinyer orang lain akan menerima.. pelbagai pendapat dan persepsi yang akan muncul daripada orang lain.. teringat aku akan satu pesanan SENIORku..

"Kita hidup dengan orang ramai... Bukan hidup secara individu.."

Jadi, apa yang saya ingin tekankan kat sini ialah kita mestilah menjadi seorang yang mampu berfikir seperti orang lain berfikir.. tatkala kita mahu membuat sesuatu... Kadang2.. apabila kita melakukan sesuatu.. orang lain akan mentafsirkan perlakuan kita sehinggakan ianya mampu menjadi punca pergaduhan.. Aku kadang2 jadi x faham dengan situasi tersebu.. pelik bin ajaib.. tapi, apa yang perlu dititikberatkan dalam setiap perlakuan kita ialah perlakuan kita itu mestilah terang, jelas dan logik, agar orang lain x akan pandang serong atas perbuatan kita.. Betul persepsi Innama 'Amalu Bin Niat.. namun, x semestinya niat menghalalkan cara..