Friday, February 26, 2010

Teori Kehidupan Manusia

Semalam aku ader dengar ceramah... pasal maulud nabi.. then aku terdengar la satu konsep idup yang dikatakan oleh penceramah.. dier kate manusia yang tidak berakal akan mencari

  1. Makanan; kerana makananlah pemberi mereka hidup
  2. Kemudian, pasangan; kerana pasangan memberi mereka kebahgiaan
  3. Harta; Kerana dengan harta kita mampu membeli apa sahaja
  4. Pangkat; dengan pangkat, kita mampu mempengaruhi sesiapa sahaja
  5. Kekuasaan; Dengan kekuasaan.. kita akan merasakan diri kita seorang yang tiada tandingan
  6. Tuhan; Kerana kita mahu mengetahui siapa pencipta kita
Sebenarnya, kalau kita perhati betol2 susunan ini.. kita akan mendapati ader yang tak kene.. Andaikan anda baru sahaja mencipta sebuah robot.. anda pasti mahu robot tersebut mengenali anda.. itu secara simboliknya.. aku yakin anda mampu memikirkan apa yang saya mahu perkatakan di sini sebenarnya..

Thursday, February 25, 2010

Ilmu??

Hari nie aku belajar tentang satu perkara.. ilmu terbahagi kepada 2, iaitu ilmu DI DADA dan ilmu DI KERTAS!! Maksudnye.. ilmu yang hanya dipakai untuk menjawab tujahan soalan yang dibuat oleh manusia tatkala mahu menguji tahap pembelajaran kita.. Saya pernah terbaca mengenai kelemahan sistem pendidikan kita... Ada satu teori (yang masih belom dibuktikan lagi) berkata.. jika kita meletakkan seorang pelajar yang berumur 13 tahun untuk belajar sukatan pelajaran pelajar tingkatan 5... Nescaya pelajar tersebut mampu menyaingi pelajar2 tingkatan 5 yang lain... Sistem PTS yang daulu pernah dijalankan ibarat membuka pekung di dada konsep-konsep pelajaran.. Sebenarnya.. apa yang diuji dalam peperiksaan(mengikut pengalaman saya), banyak soalan memerlukan kita untuk mengingat.. bukan berfikir.. Setahu saya, otak orang dewasa dan kanak2 biasa hanya dibezakan oleh kemampuan berfikir secara matang dan mendalam.. bukan mengingat...

OK, berbalik kepada topik asal.. mengapa saya mengklasifikasikan ilmu kepada 2 bahagian yang boleh dikatakan agak pelik.. Apabila kita berkata mengenai ILMU DI DADA, bermaksud jika kita cuba memuntahkan ilmu tersebut.. nescaya kita mampu lakukan dengan sungguh mudah.. tetapi, sekiranya ILMU DI KERTAS.. kita perlu refresh dan refresh ilmu tersebut.. amat sukar bagi kita untuk mengeluarkan idea tersebut tanpa merujuk kembali nota2 yang berkenaan..

Dari sudut pandangan saya, tidak salah; bahkan saya sendiri melakukan perkara ini. Namun, apa yang penting ialah kita haruslah pandai mengklasifikasikan semua ilmu yang kita peroleh.. Persoalan yang timbul ialah adakah wajar kita meletakkan ilmu agama di dalam kelompok ILMU DI KERTAS?? Tidakkah kita mempraktik segala yang diajar oleh agama hampir setiap detik?? Jadi, nasihat saya kepada semua pembaca blog ini agar berfikirlah dahulu sebelum kita mengambil sebarang keputusan.. Ingat, There's no turning back in life..

Tuesday, February 23, 2010

Kadang-kadang...

Kadang2 dalam hidup kita, kita akan kehilangan sesuatu yang amat kita hargai... yang telah lama kita kongsi bersama.. yang telah bersama2 mengharungi suka dan duka dalam kehidupan yang ekstrem... Dan perasaan yang akan kita rasa amatlah pedih, perit dan mengguris hati.. berdarah, terseksa, sakit yang teramat sehingga kita tidak mampu berkata apa2.. Aku menulis post kali ini bukanlah untuk membuka luka yang lama... namun kadang2 kita mestilah berfikir tentang hikmah dan pengajaran yang hendak ditunjukkan dalam kehilangan kita itu...

Kepada mereka yang pernah mengalami kehilangan sesuatu yang berharga.. tidak kira apa jua kondisi dan mediumnya.. Janganlah bersedih terlalu lama.. bohong kalau aku katakan kita tidak perlu bersedih.. kita manusia yang lemah.. perasaan akan menguasai kita apabila kita menjadi semakin lemah..

Kita semua harus ingat, Life must going on no matter what it takes.. Janganlah sentiasa memikirkan hal2 negatif yang mampu menggugat prestasi kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan juga sebagai hamba-Nya ... Jangan disebabkan oleh Ujian daripada-Nya, kita menjadi semakin lemah dan longlai.. lalu terlayu dan tersadai hanya kerana ujian yang secara realitinya kita mampu tempuhi.. Yang Maha Esa tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tangani.. Dan ingatlah, setitis derita melanda, segunung kurniaan-Nya.. Cuma tidak pula dinyatakan medium kurniaan yang akan diberi... Mungkin kita sendiri yang akan merasainya.. terpulanglah..

Khas kepada : Mereka yang kehilangan...

Sunday, February 21, 2010

Nasihatku, kawanku..

Manusia; satu makhluk yang kompleks... dari segi binaannya, perlakuannya yang bervariasi, dan pergerakannya yang unik..

Hari ni aku telah melihat satu hati yang nurani dan suci telah diretakkan oleh seorang yang bagi diriku hanya pandai menilai luaran manusia sahaja.. tanpa meneliti hati budi dan periadi seseorang. Percakapannya hebat, tanpa salah dan silapnya dia berkata, lidahnya merupakan anugerah Ilahi yang amat tidak ternilai.. Sedarlah. wahai golongan yang tidak mengerti.. munculkanlah sifat peka dalam dirimu.. mungkin ada diantara rakan2mu yang cuba mendekati dirimu.. dan berikanlah peluang kepada mereka.. Sabarlah, wahai golongan yang mencuba.. allah pasti tidak akan mensuia2kan keberanianmu itu.. jangan putus asa.. cuma lebihkan sedikit tahap penilaian, sempitkan skop penilaian.. moga2 dirimu akan bertemu yang lebih baik satu hari nanti..

Ditujukan Khas Kepada : Mereka yang telah mencuba

Sunday, February 14, 2010

Keindahan Alam...

Tuhan turunkan hujan..
Tatkala kita sedang meraba2 memerlukan sang mentari...

Kemudian,
Guruh yang kuat dan Kilat tuhan jadikan..
Kita menjadi takut lalu bersembunyi..

Dari saat itu kita menanti dan merindui
Sang mentari penyinar pagi...
Penyeksaan yang tidak dapat kita ungkapkan..
Menunggu sesuatu yang tidak pasti bila akan terjadi..
Terlena kita bersama penantian..

Apabila kita sedar...
Mentari muncul kembali..
Kembali menceriakan diri..
Oh
Indahnya Alam ini..

Benar Itu..

Kebenaran itu kadang2 menyakitkan.. Ungkapan biasa yang acap kali kita dengar di corong2 radio dan media2 massa.. hasil penulisan sang manusia yang cuba mengekspressikan nilai positif dalam hidup mereka..

Kata2 itu memang tepat sekali.. mana ada manusia di dunia ini mampu menerima hakikat yang begitu menyeksakan hati mereka.. Lebih2 lagi kebenaran yang akan memberi impak kepada kehidupan mereka.. yang terhasil daripada kepura-puraan manusia.. bermain2 dengan perasaan orang lain... secara sengaja ataupun tidak..

Namun, solusi yang terbaik dalam masalah ini hanyalah menerima dan menelan sahaja kebenaran itu. Saya tidak menafikan bahawasanya amatlah perit, pedih, tercarikdan terobeknya hati.. tatkala kita mahu menelan kebenaran tersebut.. Namun, apa yang kita mampu lakukan hanyalah beristighfar dan berdoa agar Allah sentiasa menenangkan hati kita..

Haruslah kita ketahui bahawa semakin lama kita memendam kepahitan itu, semakin bergelora dan bergoyanglah keimanan kita.. Atas godaan syaitan, kita akan mula merasakan Allah yang salah.. menemukan kita dengan manusia yang hanya ditakdirkan untuk memainkan perasaan kita.. Kalau kita kaji2 semula.. Sudah pasti kita akan temui bahawasanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.. Ingat.. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua..


Saturday, February 13, 2010

Ingin Ku Melangkah Pergi...

Ingin ku melangkah pergi
Daripada kejahilan hidup ini

Ingin ku melangkah pergi
Daripada keperitan yang kualami

Ingin kumelangkah pergi
Dari sepi hati ini..

Ingin aku terokai
Dunia yang masih lagi misteri

Ingin aku terokai
Pelbagai ragam manusia di sini

Maka

Bantulah diriku wahai kawanku
Bawalah diriku terokai dunia ini
Ajarlah aku tentang dunia ini
Agar aku menjadi insan sejati

Satu Tekad

Berikanku sebaris kata,
Untuk kutempuh jalan gelita,
Mentera keramat kata pujangga,
Azimat yang bermakna..

Didepan simpang bercabang tiga,
Tak tahu mana satu arahnya,
Kanan kiri manusia berdusta,
Mungkir pada yang Esa

Mungkinku bukan watak utama dalam pentas lakonan dunia..
Mugkin juga ku turut sama
Pastinya aku.. kan binasa...

Berikan aku pedoman,
Arah mana jalan kehidupan,
Untuk teruskan pengembaraan,
Tak rebah dan tersalah langkah..
Tunjukkan aku kawan,
Simpang mana arah kejayaan,
Timur, utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam..

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju2 ke puncak, gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah

Mereka Berfikir...

Situasi 1:Sebagai seorang presiden sesebuah negara, anda mempunyai kekuatan dalam bidang teknologi... namun, masalah anda hanyalah tidak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi demi memastikan pembangunan ekonomi anda terjamin dalam jangkamasa yang panjang... Apakah yang akan anda lakukan demi memastikan ekonomi anda terus maju untuk masa yang akan datang??

Situasi 2: Anda sedang menghadapi satu situasi di mana anda mahu menyerang seseorang di hadapan anda, bertubuh sasa, dan kemungkinan untuk anda kalah adalah tinggi. Di pihak lelaki tersebut terdapat senjata tangan yang mampu menyebabkan anda cedera.. Anda pula mempunyai seekor anjing sebagai pembantu anda.. Apakah perancangan anda??

Mungkin dalam fikiran orang awam.. mereka akan terus menjawab:

Situasi 1:
Serang la kawasan2 yang lemah... tanah jajahan mereka akan kita buat pembangunan..

ATAU

Kita cari tempat2 yang berfaedah dan bermanfaat untuk kita laburkan.. kita laburkan share dan sudah pasti ekonomi kita akan selamat...

Situasi 2:
Kita serang bersama2 dengan anjing tersebut.. barulah kita boleh menang.. menggunakan konsep 2 vs 1.. konfem boleh menang..

Tetapi, mereka2 yang arif akan mula berfikir begini:

Situasi 1:
Kita cari negara yang paling kuat ekonominya.. takluk kelemahannya, dan gunakan kelemahan mereka yang kita pegang untuk memaksa mereka untuk memberi kita memegang sumber ekonomi mereka..

Situasi 2:
Kita arahkan anjing kita supaya menyerang lelaki tersebut, jika anjing kita gagal untuk menang, kita berpura2 menolong lelaki tersebut, membina persahabatan dan apabila mendapat peluang, kita musnahkan mereka dari dalam...

Kalau kita perhati secara terperinci dan mendalam, sebenarnya inilah yang dimaksudkan dengan pemikiran secara kritikal dan berprinsip.. cuma perlaksanaannya bukanlah sepraktikal mana, cuma apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel kali ini hanyalah menyedarkan kita semua tentang maksud pemikiran secara kritikal, dengan menetapkan matlamat kita, sudah pasti kita akan berjaya mencapai matlamat..

Sekian

Thursday, February 11, 2010

Culture Shock!!

Mungkin dalam hidup kita ini, kita telah terbiasa dalam keadaan yang amat selesa... tak kira dari segi apa pun, samada dari segi kehidupan, pembelajaran, dan pemakanan... semuanya selesa...

Namun, kita harus ingat bahawasanya hidup tidak akan kekal lama.. kesusahan mungkin kita hadapi... dan ketika kesusahan yang sekecil zarah itu melanda, ianya mampu membuatkan seorang yang kaya menjadi papa, seorang pemimpin hilang kuasa, seorang pemain kalah serta merta dan seorang peguam kalah dalam perbicaraannya.

Apa yang paling penting dalam menjalani hidup kita hari demi hari ialah kita haruslah pandai menyesuaikan diri, tidak kira apapun yang terjadi... Life must go on no matter what it takes.. itulah ungkapan yang acap kali menjadi titipan di mulut masyarakat.. yang pada hakikatnya amatlah memberi makna yang mendalam SEKIRANYA kita menghayatinya... Memegang pada prinsip hidup kita juga adalah salah satu langkah yang terbaik dalam proses menyesuaikan diri kita dengan keadaan setempat

Ingat, make ourself flexible to the condition,and do not ever make the condition flexible to us... don't be too demanding..

Ditujukan khas kepada : Mereka yang sering mengatakan "Alamak, aku culture shock!!"

Sunday, February 7, 2010

Hidup ini bukan semudah yang disangka..

Kita sering mendengar pelbagai kata2 yang positif tentang hidup ini, namun, pernahkah kita sedari secara realitinya hidup ini bukanlah seperti yang kita sangkakan.. memanglah setiap daripada kita mampu terus mengekalkan kehidupan yang baik demi masa akan datang.. tetapi haruslah kita ingat bahawa tiap2 perancangan kita itu tidak semestinya akan terus terlaksana..
kerana kita harus ingat bahawa Allah itu bersama kita.. "kita merancang, Allah merancang.. namun perancangan Allah adalah yang terbaik.." tidak semestinyerr setiap kejayaan itu membawa kebaikan kepada kita.. dan harus kita sedar bahawasanya setiap kegagalan itu tidaklah selalu membawa kemaslahatan dalam hidup kita

Di sini terdapat contoh yang paling baik bagi menunjukkan bahawa setiap perancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita:

Pada suatu ketika dahulu, hidup seorang budak lelaki n adiknya.. mereka merupakan golongan manusia yang miskin.. satu hari, si abang telah menghilangkan kasut adiknya.. kerana takut dimarahi, si abang meminta jasa baik adiknya untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu bapa mereka.. dan si abang telah berjanji untuk menggantikannya sambil meng'adjust' ayahnya untuk membelikan kasut bkaru untuk adiknya itu..

Dengan izin Allah, si abang telah terliaht satu artikel di mana sebuah pertandingan lumba lari akan dijalankan.. di mana pemenang ke 3 akan mendapat sepasang kasut..

Maka, si abang terus memasuki pertandingan tersebut, dengan keyakinan bahawa tempat ke-3 adalah miliknya.. setibanya hari pertandingan, si abang telah mendapat tempat pertama pertandingan tersebut.. di hainya, dia menangis atas kegagalan mendapatkan tempat ke-3... sebaik sahaja pulang ke rumah.. Dia terkejut melihat adiknya memegang sepasang kasut yang baru, yang merupakanhadiah daripada ayahnya...

Jika kita menganalisa cerita ini.. dapatlah kita melihat bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.. memudahkan urusan si abang dan menjadikan usaha si abang dalam pertandingan tersebut tidaklah tersia.. mungkin justifikasi saya tidaklah sebaik anda.. namun saya harap contoh kisah telah menjelaskan tentang hidup ini tidaklah semudah yang kita rancang.. Allah yang Maha mengetahui setiap apa yang kita rancang..

Salam