Saturday, March 27, 2010

The Invention Of Lying - Filem yang unik

Kelmarin aku melihat satu filem yang agak membuka mata n mindaku.. pernah sekali aku berfikir macam mana kehiduoan seorang manusia @ masyarakat sekiranya mereka x langsung menipu.. dan jawapannya ada dalam filem ini.. The Invention Of Lying..

Cerita ini berlaku dalam zaman 1990 an... di mana berlaku di negara britain (kerana lenggok bahasanya eperti orang british.. assumption je..) dan apa yang menarik dalam cerita ini ialah satu dunia x tahu apa itu berbohong.. dan dalam kamus mereka x ader langsung perkataan 'bohong '.... sehinggalah watak utama dalam filem ini mula berbohong.. yang paling menarik hati saya apabila satu babak di mana watak utama mula berbohong.. situasinya begini..

Situasi 1
Watak utama tersebut ingin mengeluarkan wang di bank.. dan dia sememangnya tahu bahawasanya dalam banknya terdapat 300 pounds.. tetapi dierr cakap kat jurubank itu dierr mahu keluakan 800 pounds.. yang pelik dan hairannya ialah jurubank sanggup mengatakan bahawasanya mungkin sistem mereka telah silap dan sanggup memberi watak utama 800 pounds..  walaupun sudah je;as tertera di hadapan komputer bahawa akaun dalam bank simpanan watak utama hanyalah 300 pounds..

Situasi 2
Watak utama pergi ke casino.. dan bermain permainan roulette...dierr meletakkan wang pertaruhan di satu nombor.. dan permainan dimulakan.. namun, apabila permainan tamat, bola roulette berhenti di nombor 33 hitam (kalau x silap saya la..).. host (Pengendali game tersebut) sudah menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang menang.. namun, watak utama itu mengalih perhatian semua pemain dan mengalihkan taruhannya ke nombor 33 hitam.. apabila host iu memandang kembali tempat pertaruhan, dia terkejut dan mengumumkan kembali bahawasanya ada pemenang bagi pusingan itu..

Lihatlah, apabila manusia saling mempercayai antara satu sama lain.. maka tiada lain yang mampu menyalahkan perbuatan individu tersebut.. sedangkan komputer yang selalunya betul pun disalahkan... hebatnya kesan apabila kita terlalu mempercayai sesama kita..

No comments:

Post a Comment