Friday, March 19, 2010

Sedarlah

Kenapa
Tatkala kita dalam kesusahan
Kita mahukan pertolongan
Kita mahukan penyelesaian daripada orang lain
Tidak pernah kita mahu mencuba walau sekalipun

Kenapa
Tatkala kita dalam kesenangan
Susah untuk kita memberi pertolongan
Nisbahnya amat sedikit
Mungkin 1 dalam 100 orang??

Sedangkan
Semasa kita kesusahan dahulu
Kita selalu menanti pertolongan orang lain
Menyumpah apabila kita tidak ditolong
Kata-kata kesat kita lemparkan
Memaki hamun mereka yang tidak menolong

Sedarlah
Tiada gunanya kita hidup di dunia seorang diri
Dunia ini diciptakan bukan untuk kita seorang

Maka
Bekerjasamalah bersama-sama
Hilangkanlah persengketaan di hati
Dek kesilapan yang mungkin tidak disedari

Ingatlah
Bahawa tujuan kita adalah sama
Jadi, tak salah sekiranya kita saling membantu
Kerana manfaatnya akan kita peroleh
Suatu hari nanti

No comments:

Post a Comment