Thursday, March 11, 2010

Suasana..

Dalam keriuhan mereka menjerit kegembiraan..
Daku melihat ada yang menangis...
Merah matanya seperti delima....

Dalam keesakan mereka menangis..
Sempat lagi mereka berpesan,
"Jangan jadi macam aku.. ko blaja leklok tau.."
Pilu aku rasai, sebagaimana pilunya hati mereka..
Perbezaannya tidaklah jauh ketara,
Namun.. apabila tidak mendapat apa yang dimahukan..
Air mata mula membasahi pipi..

Kegagalan bukanlah satu penutup bicara
Bukanlah pematah semangat punca kewujudannya
Tetapi pembakar semangat, peledak kejayaan
Dan pencetus kecemerlangan
Seringkali aku terdengar,
Mereka yang bangkit dari kegagalan itu adalah pemenang yang sejati
Namun, kebangkitan itu amatlah payah dan susah..
Hanya hati yang kental sahaja yang mampu mengatasinya..

Jadi rakanku..
berusahalah sedaya upaya,
bangkit dari kegagalan..
Usah leka dihanyut kemurungan..
Aku ingin melihat kalian di atas..

2 comments: