Saturday, February 13, 2010

Mereka Berfikir...

Situasi 1:Sebagai seorang presiden sesebuah negara, anda mempunyai kekuatan dalam bidang teknologi... namun, masalah anda hanyalah tidak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi demi memastikan pembangunan ekonomi anda terjamin dalam jangkamasa yang panjang... Apakah yang akan anda lakukan demi memastikan ekonomi anda terus maju untuk masa yang akan datang??

Situasi 2: Anda sedang menghadapi satu situasi di mana anda mahu menyerang seseorang di hadapan anda, bertubuh sasa, dan kemungkinan untuk anda kalah adalah tinggi. Di pihak lelaki tersebut terdapat senjata tangan yang mampu menyebabkan anda cedera.. Anda pula mempunyai seekor anjing sebagai pembantu anda.. Apakah perancangan anda??

Mungkin dalam fikiran orang awam.. mereka akan terus menjawab:

Situasi 1:
Serang la kawasan2 yang lemah... tanah jajahan mereka akan kita buat pembangunan..

ATAU

Kita cari tempat2 yang berfaedah dan bermanfaat untuk kita laburkan.. kita laburkan share dan sudah pasti ekonomi kita akan selamat...

Situasi 2:
Kita serang bersama2 dengan anjing tersebut.. barulah kita boleh menang.. menggunakan konsep 2 vs 1.. konfem boleh menang..

Tetapi, mereka2 yang arif akan mula berfikir begini:

Situasi 1:
Kita cari negara yang paling kuat ekonominya.. takluk kelemahannya, dan gunakan kelemahan mereka yang kita pegang untuk memaksa mereka untuk memberi kita memegang sumber ekonomi mereka..

Situasi 2:
Kita arahkan anjing kita supaya menyerang lelaki tersebut, jika anjing kita gagal untuk menang, kita berpura2 menolong lelaki tersebut, membina persahabatan dan apabila mendapat peluang, kita musnahkan mereka dari dalam...

Kalau kita perhati secara terperinci dan mendalam, sebenarnya inilah yang dimaksudkan dengan pemikiran secara kritikal dan berprinsip.. cuma perlaksanaannya bukanlah sepraktikal mana, cuma apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel kali ini hanyalah menyedarkan kita semua tentang maksud pemikiran secara kritikal, dengan menetapkan matlamat kita, sudah pasti kita akan berjaya mencapai matlamat..

Sekian

No comments:

Post a Comment