Sunday, February 14, 2010

Benar Itu..

Kebenaran itu kadang2 menyakitkan.. Ungkapan biasa yang acap kali kita dengar di corong2 radio dan media2 massa.. hasil penulisan sang manusia yang cuba mengekspressikan nilai positif dalam hidup mereka..

Kata2 itu memang tepat sekali.. mana ada manusia di dunia ini mampu menerima hakikat yang begitu menyeksakan hati mereka.. Lebih2 lagi kebenaran yang akan memberi impak kepada kehidupan mereka.. yang terhasil daripada kepura-puraan manusia.. bermain2 dengan perasaan orang lain... secara sengaja ataupun tidak..

Namun, solusi yang terbaik dalam masalah ini hanyalah menerima dan menelan sahaja kebenaran itu. Saya tidak menafikan bahawasanya amatlah perit, pedih, tercarikdan terobeknya hati.. tatkala kita mahu menelan kebenaran tersebut.. Namun, apa yang kita mampu lakukan hanyalah beristighfar dan berdoa agar Allah sentiasa menenangkan hati kita..

Haruslah kita ketahui bahawa semakin lama kita memendam kepahitan itu, semakin bergelora dan bergoyanglah keimanan kita.. Atas godaan syaitan, kita akan mula merasakan Allah yang salah.. menemukan kita dengan manusia yang hanya ditakdirkan untuk memainkan perasaan kita.. Kalau kita kaji2 semula.. Sudah pasti kita akan temui bahawasanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.. Ingat.. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua..


No comments:

Post a Comment