Sunday, February 7, 2010

Hidup ini bukan semudah yang disangka..

Kita sering mendengar pelbagai kata2 yang positif tentang hidup ini, namun, pernahkah kita sedari secara realitinya hidup ini bukanlah seperti yang kita sangkakan.. memanglah setiap daripada kita mampu terus mengekalkan kehidupan yang baik demi masa akan datang.. tetapi haruslah kita ingat bahawa tiap2 perancangan kita itu tidak semestinya akan terus terlaksana..
kerana kita harus ingat bahawa Allah itu bersama kita.. "kita merancang, Allah merancang.. namun perancangan Allah adalah yang terbaik.." tidak semestinyerr setiap kejayaan itu membawa kebaikan kepada kita.. dan harus kita sedar bahawasanya setiap kegagalan itu tidaklah selalu membawa kemaslahatan dalam hidup kita

Di sini terdapat contoh yang paling baik bagi menunjukkan bahawa setiap perancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita:

Pada suatu ketika dahulu, hidup seorang budak lelaki n adiknya.. mereka merupakan golongan manusia yang miskin.. satu hari, si abang telah menghilangkan kasut adiknya.. kerana takut dimarahi, si abang meminta jasa baik adiknya untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu bapa mereka.. dan si abang telah berjanji untuk menggantikannya sambil meng'adjust' ayahnya untuk membelikan kasut bkaru untuk adiknya itu..

Dengan izin Allah, si abang telah terliaht satu artikel di mana sebuah pertandingan lumba lari akan dijalankan.. di mana pemenang ke 3 akan mendapat sepasang kasut..

Maka, si abang terus memasuki pertandingan tersebut, dengan keyakinan bahawa tempat ke-3 adalah miliknya.. setibanya hari pertandingan, si abang telah mendapat tempat pertama pertandingan tersebut.. di hainya, dia menangis atas kegagalan mendapatkan tempat ke-3... sebaik sahaja pulang ke rumah.. Dia terkejut melihat adiknya memegang sepasang kasut yang baru, yang merupakanhadiah daripada ayahnya...

Jika kita menganalisa cerita ini.. dapatlah kita melihat bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.. memudahkan urusan si abang dan menjadikan usaha si abang dalam pertandingan tersebut tidaklah tersia.. mungkin justifikasi saya tidaklah sebaik anda.. namun saya harap contoh kisah telah menjelaskan tentang hidup ini tidaklah semudah yang kita rancang.. Allah yang Maha mengetahui setiap apa yang kita rancang..

Salam

2 comments:

  1. Daman, cam xkena je ayat ni :
    "Pada suatu hari, hidup seorang budak lelaki n adiknya..."

    Satu ari je ke diorg ni idup??? =P

    ReplyDelete