Thursday, February 25, 2010

Ilmu??

Hari nie aku belajar tentang satu perkara.. ilmu terbahagi kepada 2, iaitu ilmu DI DADA dan ilmu DI KERTAS!! Maksudnye.. ilmu yang hanya dipakai untuk menjawab tujahan soalan yang dibuat oleh manusia tatkala mahu menguji tahap pembelajaran kita.. Saya pernah terbaca mengenai kelemahan sistem pendidikan kita... Ada satu teori (yang masih belom dibuktikan lagi) berkata.. jika kita meletakkan seorang pelajar yang berumur 13 tahun untuk belajar sukatan pelajaran pelajar tingkatan 5... Nescaya pelajar tersebut mampu menyaingi pelajar2 tingkatan 5 yang lain... Sistem PTS yang daulu pernah dijalankan ibarat membuka pekung di dada konsep-konsep pelajaran.. Sebenarnya.. apa yang diuji dalam peperiksaan(mengikut pengalaman saya), banyak soalan memerlukan kita untuk mengingat.. bukan berfikir.. Setahu saya, otak orang dewasa dan kanak2 biasa hanya dibezakan oleh kemampuan berfikir secara matang dan mendalam.. bukan mengingat...

OK, berbalik kepada topik asal.. mengapa saya mengklasifikasikan ilmu kepada 2 bahagian yang boleh dikatakan agak pelik.. Apabila kita berkata mengenai ILMU DI DADA, bermaksud jika kita cuba memuntahkan ilmu tersebut.. nescaya kita mampu lakukan dengan sungguh mudah.. tetapi, sekiranya ILMU DI KERTAS.. kita perlu refresh dan refresh ilmu tersebut.. amat sukar bagi kita untuk mengeluarkan idea tersebut tanpa merujuk kembali nota2 yang berkenaan..

Dari sudut pandangan saya, tidak salah; bahkan saya sendiri melakukan perkara ini. Namun, apa yang penting ialah kita haruslah pandai mengklasifikasikan semua ilmu yang kita peroleh.. Persoalan yang timbul ialah adakah wajar kita meletakkan ilmu agama di dalam kelompok ILMU DI KERTAS?? Tidakkah kita mempraktik segala yang diajar oleh agama hampir setiap detik?? Jadi, nasihat saya kepada semua pembaca blog ini agar berfikirlah dahulu sebelum kita mengambil sebarang keputusan.. Ingat, There's no turning back in life..

No comments:

Post a Comment